Home Kandungan

Pinnacle 2010
Perkhidmatan Promosi Pinnacle 2010 Kerjaya Nasihat Link

Welcome to Sarikei Divisional Dental Service Webpage            Selamat Datang Ke Laman Web Perkhidmatan Pergigian Bahagian Sarikei

[Under Construction]

 

Pinnacle 2010 logo

 

Sarawak government logo

 

 

 

Satu pelan induk Bahgaian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak untuk menpercepatkan peningkatan status kesihatan pergigian penduduk negeri Sarawak.

Objektif Pinnacle 2010

  1. Untuk meningkatkan tahap kesihatan mulut penduduk negeri Sarawak, terutama sekali murid-murid sekolah, supaya tahap kesihatan mulut mereka adalah antara yang TERBAIK di Malaysia menjelang tahun 2010
  2. Untuk mewujudkan satu tenaga kerja yang berketrampilan.

Empat sasaran impak bagi mengukur kejayan Pinnacle 2010

Sasaran 1

30% daripada murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 6 tahun akan mempunyai mulut bebas karies.

Sasaran 2

Semua murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 6 tahun akan mempunyai gigi kekal yang bebas karies.

Sasaran 3

Purata DMFT( Decayed, Missing and Filled Teeth) untuk murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 12 tahun adalah 1.0 atau kurang dari 1.0.

Sasaran 4

85% murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 16 tahun akan mempunyai gusi yang sihat [ MBG(Mulut Bebas Gingivitis)=1].

13 Bidang Yang Terlibat

  1. Penjagaan kesihatan mulut bagi kanak-kanak pra-sekolah.
  2. Penjagaan kesihatan mulut bagi kanak-kanak sekolah rendah.
  3. Penjagaan kesihatan mulut bagi kanak-kanak sekolah menengah.
  4. Penjgaaan kesihatan mulut bagi ibu mengandung.
  5. Penjagaan kesihatan mulut bagi orang awam.
  6. Penjagaan kesihatan mulut oleh pakar pergigian dan pembangunan kepakaran.
  7. Pembangunan kemudahan fizikal.
  8. Program pemfluoridaan air.
  9. Pembangunan sumber manusia.
  10. Pembangunan penyelidikan dan inisiatif kualiti.
  11. Kerjasama antara pelbagai sektor.
  12. kaedah dan upacara.
  13. Pembanguan ICT.

 

Tema Utama Pinnacle 2010: A Better Tomorrow for All

Tema Tahunan
2002 Change: Crucible for making things happen
2003 Pinnacle 2010: A better tomorrow for all
2004 Working together works
2005 People: Raison D'etre Organisational Excellence
2006 Effective communication: Lifeblood of an organisation
2007 Our customer our future
2008 Kaizen through innovativeness

Gambar-gambar Sambutan Pinnacle 2010

Pelancaran Pinnacle 2010, 27 Julai 2002

Sambutan Ulang Tahun Pertama, Miri

2003

Sambutan Ulang Tahun Kedua, Sibu

2004

Sambutan Ulang Tahun Ketiga, Sarikei

2005

Sambutan Ulang Tahun Keempat, Mukah

2006

 

Sambutan Ulang Tahun Keempat, Sri Aman

2007

Sambutan Ulang Tahun Kelima, Bintulu

2008

 

Lirik lagu "PINNACLE 2010"

Wahai warga pergigian Sarawak
Semangat kepasukanan dan setiakawan
Hadapi cabaran dengan tekad dan azam
Sampai ke puncak kecemerlangan
Dari bandar hingga ke pedalaman
Berusaha ke arah perubahan
Kesihatan mulut yang diutamakan
Tercapai matlamat wawasan kita
Chorus:  1. Pinnacle 2010   2X
We are moving forward
We are all striving forward
A better tomorrow for all
Ke arah kelestarian mulut sepanjang hayat
Kesihatan mulut untuk semua
Four goals are set in year 2010 to achieve
Yes, will be the best
Chorus:  1. Pinnacle 2010    2X
We are moving forward
We are all striving forward
A better tomorrow for all
                2. Pinnacle 2010   2X
To make a reality
Great Vision 2010
Pinnacle 2010
Yes, Sarawak Boleh ......!
Instrumental ......
Chorus: Repeat Chorus 1 & 2
Pinnacle 2010  3X
Pinnacle 2010  3X
Berjaya ......!
 

 

Logo “Pinnacle 2010” secara keseluruhannya menggambarkan persekitaran yang menyeluruh, lengkap dan mencukupi.

  1. Garisan Bulatan melambangkan kesempurnaan (completeness)

  2. Rangka yang menyerupai tangga merah/ kuning menjurus ke atas melambangkan azam dan tekad untuk mencapai kemuncak kecermelangan. Setiap anak tangga menunjukkan setiap langkah dan tindakan berkualiti yang dilakukan oleh anggoto-anggota pergigian untuk meningkatkan kesihatan mulut klien dan masyarakat di seluruh Negeri Sarawak agar matlamat dan wawasan 2010 tercapai.

  3. Dua muncung memacu ke atas yang menyerupai paruh burung kenyalang adalah simbolik bagi Lambang Negeri Sarawak.

  4. Rangka peta Negeri Sarawak melambangkan liputan tugas dan tanggungjawab Bahagian Kesihatan Pergigian di Negeri Sarawak. Tiga anggota di bawah mercu tanda melambangkan semangat kepasukanan dan setiakawan di kalangan anggota pergigian yang sama-sama berganding bahu memikul tugas dan tanggungjawab Bahagian Kesihatan Pergigian. Bah kata pepatah “Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul”.

 

Cogankata “Ke Arah Kelestarian Kesihatan Mulut Sepanjang Hayat”

Lestari membawa makna suatu keadaan yang sentiasa segar dan berpanjangan (everlasting). Kesihatan Mulut yang lestari menggambarkan keadaan di mana mulut yang dijaga dengan rapi akan menjamin kesejahteraan dan kesihatan diri seseorang itu hingga ke akhir hayat.

 

  1. Warna Kuning melambangakn identiti dan keunggulan (keistimewaan) Bahagian Kesihatan Pergigian. Ia merupakan sinaran cahaya yang cerah di masa hadapan bagi mencapai matlamat dan seterusnya wawasan kita.

  2. Warna Biru menunjukkan hubungan yang harmoni di kalangan anggota-anggota pergigian.

  3. Waran Hitam menunjukkan ketabahan anggota-angggota pergigian dalam pelbagai cabaran.

  4. Warna Merah adalah warna kesihatan, ia menunjukkan kesungguhan, ketabahan dan keberanian anggota-anggota pergigian dalam menghadapi sesuatu cabaran semasa menjalani tugas baik merentasi desa mahupun mengharungi lautan.

Sila hantarkan soalan atau cadangan anda kepada pergigiansarikei@lycos.com mengenai laman web ini.
Last modified: 01/20/07