Home Kandungan

Home

Welcome to Sarikei Divisional Dental Service Webpage            Selamat Datang Ke Laman Web Perkhidmatan Pergigian Bahagian Sarikei

[Under Construction]

Perkhidmatan
Promosi
Pinnacle 2010
Kerjaya
Nasihat
Link

 

Pinnacle 2010 logo

 

Sarawak government logo

 

 

 

LATAR BELAKANG

Negeri Sarawak merupakan satu daripada 14 buah negeri di Malaysia.Ia merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan  terletak di Pulau Borneo. Sarawak meliputi kawasan 124,450 km persegi atau 38 peratus daripada kawasan seluruh Malaysia. Negeri Sarawak terdiri daripada 11 Bahagian yang merupakan pusat pentadbiran utama di peringkat Bahagian.  Jumlah penduduk Sarawak mengikut anggaran penduduk pada tahun 2002 adalah 2.1 juta.

Perkhidmatan Kesihatan di wujudkan di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Akta Pergigian 1971 memberi kuasa kepada pegawai pergigian dan jururawat pergigian untuk menjalankan perkhidmatan pergigian.  Perkhidmatan Pergigian Negeri Sarawak  bermula semenjak tahun 1927. Organisasi Perkhidmatan Pergigian Negeri diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) yang bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan juga Pengarah Kesihatan Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di peringkat Bahagian, Perkhidmatan Pergigian adalah di bawah pentadbiran Pegawai Pergigian Bahagian yang bertanggungjawab kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian).

Perkhidmatan Pergigian Sarikei bermula pada Mac 1965 di bawah Pusat Pentabiran  Bahagian Sibu. Pejabat Kesihatan Pergigian Bahagian Sarikei berfungsi sebagai pusat pentadbiran pergigian mulai 1978 di Bahagian Sarikei. 


VISI ORGANISASI

Malaysia menjadi sebuah negeri yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu diperolehi, berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran.  Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan  insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

 

Selaras dengan ini, Perkhidmatan Kesihatan Pergigian   Negeri Sarawak bertekad mencapai satu taraf kesihatan pergigian yang cemerlang/ unggul di kalangan penduduk Sarawak menjelang tahun 2010 melalui pelan induk Pinnacle 2010.

 


MISI ORGANISASI

Selaras dengan misi Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM, misi Pejabat Kesihatan Pergigian Bahagian Sarikei ialah untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk melalui promosi kesihatan pergigian dengan penekanan terhadap patient-centred care dan pewujudan perkongsian pintar untuk kesihatan.Tambahan pada itu, melalui pelan induk Pinnacle 2010 Perkhidmatan Pergigian Negeri Sarawak bertekad untuk mencapai sasaran-sasaran seperti berikut :-

 

Menjelang tahun 2010,

Sasaran 1  : 30% daripada murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 6 tahun akan mempunyai mulut bebas karies.

Sasaran 2 : Semua murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 6 tahun akan mempunyai gigi kekal yang bebas karies.

Sasaran 3 : Purata DMFT( Decayed, Missing and Filled Teeth) untuk murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 12 tahun adalah 1.0 atau kurang dari 1.0

Sasaran 4 : 85% murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 16 tahun akan mempunyai gusi yang sihat [ MBG(Mulut Bebas Gingivitis)=1]

 

 


 

Pejabat Pergigian Bahagian Sarikei

Telefon
084-654733
Faks
084-658969
Alamat
Wisma Persekutuan, Jalan Bangunan Kerajaan, 96100 Sarikei, Sarawak.

Sila hantarkan soalan atau cadangan anda kepada pergigiansarikei@lycos.com mengenai laman web ini.
Last modified: 01/20/07