|
|
VISI ORGANISASIMalaysia menjadi sebuah negeri yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu diperolehi, berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.
Selaras dengan ini, Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sarawak bertekad mencapai satu taraf kesihatan pergigian yang cemerlang/ unggul di kalangan penduduk Sarawak menjelang tahun 2010 melalui pelan induk Pinnacle 2010.
MISI ORGANISASISelaras dengan misi Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM, misi Pejabat Kesihatan Pergigian Bahagian Sarikei ialah untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk melalui promosi kesihatan pergigian dengan penekanan terhadap patient-centred care dan pewujudan perkongsian pintar untuk kesihatan.Tambahan pada itu, melalui pelan induk Pinnacle 2010 Perkhidmatan Pergigian Negeri Sarawak bertekad untuk mencapai sasaran-sasaran seperti berikut :-
Menjelang tahun 2010, Sasaran 1 : 30% daripada murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 6 tahun akan mempunyai mulut bebas karies. Sasaran 2 : Semua murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 6 tahun akan mempunyai gigi kekal yang bebas karies. Sasaran 3 : Purata DMFT( Decayed, Missing and Filled Teeth) untuk murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 12 tahun adalah 1.0 atau kurang dari 1.0 Sasaran 4 : 85% murid-murid sekolah di Sarawak yang berusia 16 tahun akan mempunyai gusi yang sihat [ MBG(Mulut Bebas Gingivitis)=1]
Pejabat Pergigian Bahagian Sarikei
|
Sila hantarkan soalan atau cadangan anda kepada
pergigiansarikei@lycos.com
mengenai laman web ini.
|