|
|
Sebelum Cabut Gigi1. Beritahu doktor gigi jika anda mempunyai masalah perubatan seperti masalah jantung, masalah perdarahan, atau pengalaman perdarahan yang berlanjutan selepas cabut gigi/ luka. 2. Pastikan anda sudah bersarapan pagi/ makan. Arahan Selepas Cabut Gigi1. Gigit kapas/ gauze selama 1/2 jam. Jangan selalu tukar kapas. 2. Jangan meludah, telan air liur. 3. Jangan selalu mencuci mulut/ berkumur pada hari cabutan dibuat. 4. Elakkan makanan/ minuman yang panas. 5. Rehat.
Arahan Selepas Tampal GigiElakkan mengunyah dengan mengunakan gigi yang baru ditampal sekurang-kurangnya selama 24 jam.
Penjagaan Gigi Palsu1. Jangan memakai gigi palsu semasa tidur. Gusi perlukan rehat.2. Sewaktu tidak pakai gigi palsu, perlulah rendamkannya dalam air.3. Setiap kali selepas makan, perlulah tanggalkan gigi palsu untuk membersihkan gigi palsu dan mulut anda.4. Untuk mereka yang memakai gigi palsu penuh, makanan perlu dipotong dahulu sebelum makan. Gigi palsu tidak sekuat gigi asli.5. Elakkan makan makanan yang keras, liat dan melekit.
|
Sila hantarkan soalan atau cadangan anda kepada
pergigiansarikei@lycos.com
mengenai laman web ini.
|